25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hujan lebat hampir sejam, Putrajaya dilanda banjir kilat

PPj menegaskan rutin " Rain Task Force" perbadanan berkenaan apabila hujan ialah dalam keadaan siapsiaga bagi menghadapi sebarang risiko banjir kilat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HUJAN lebat hampir sejam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di Putrajaya mengalami banjir kilat.

Perbadanan Putrajaya (PPj) memaklumkan, lokasi paling teruk terjejas adalah laluan terowong di Presint 5, yang dinaiki air hingga 0.5 meter akibat limpahan air hujan.

Klip berdurasi 21 saat yang dikongsi oleh PjC di laman Facebook rasminya menunjukkan banjir di terowong Presint 5, Putrajaya berkenaan.

“Berhati-hati semua pengguna kenderaan menghala ke laluan terowong Presint 5 Putrajaya. Kenaikan air akibat hujan lebat boleh membahayakan kenderaan anda.

Team task force sedang melaksanakan pemantauan dan langkah-langkah sewajarnya untuk tangani isu ini,” katanya.

Dalam pada itu, satu lagi kejadian banjir dikesan berhampiran stesen minyak dan di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 18, Putrajaya dipercayai berlaku pada pukul 3 petang.

PPj menegaskan rutin Rain Task Force perbadanan berkenaan apabila hujan ialah dalam keadaan siapsiaga bagi menghadapi sebarang risiko banjir kilat.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan