27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tun M ucap terima kasih, larangan guna telefon bimbit

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUN Dr Mahathir Mohamad merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit dalam tempat mengundi pada 19 November ini.

Jelas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Penaja Parti Gerakan Tanah Air (GTA), langkah tersebut juga secara tidak langsung dapat mengelak sebarang perbuatan yang boleh menjurus kepada rasuah.

“Saya ucap terima kasih kepada SPR kerana terima cadangan larang bawa telefon bimbit semasa mengundi.

“Ini satu cara elak parti menyogok selepas buang undi dan pertahan prinsip undi adalah rahsia,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Calon Parlimen Langkawi itu sebelum ini mencadangkan kepada suruhanjaya tersebut untuk tidak membenarkan pengundi membawa telefon bimbit ketika membuang undi.

Semalam, SPR memaklumkan pengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Satu infografik yang dimuat naik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di platform sosial memasukkan perkara tersebut dalam 10 langkah pengundian perlu dipatuhi oleh pengundi ketika mengundi pada 19 November ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan