28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

CUEPACS cadang cuti umum khas 18 November ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KONGRES Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), mencadangkan kepada kerajaan agar memberi cuti umum khas pada 18 November ini, sehari sebelum pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memudahkan pengundi pulang ke kampung masing-masing untuk menunaikan tanggungawab mereka.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya yakin ia tidak menjadi halangan kerana kerajaan pernah memberi cuti tambahan dua hari selepas PRU14 lalu.

“Walaupun tarikh hari mengundi pada hari Sabtu dan kebanyakannya tidak bekerja, namun cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai yang mengundi bukan di lokasi mereka bekerja.

“Ada yang perlu melakukan perjalanan lebih daripada 4 jam pulang ke kampung. Begitu juga mereka yang mahu pulang ke Sabah dan Sarawak sehingga menyukarkan mereka terutama di pedalaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Adnan, walaupun setiap pekerja mempunyai cuti tahunan, namun beliau bimbang sekiranya ada majikan yang tidak membenarkan mereka memohon cuti awal untuk pulang mengundi.

Advertisements

Beliau berkata, pemberian cuti umum khas itu sudah pasti boleh mengelakkan perkara sedemikian berlaku, tambahan PRU hanya berlaku lima tahun sekali.

Dalam pada itu, katanya, CUEPACS berharap semua syarikat penerbangan tidak menaikkan harga tiket sebelum dan selepas hari pengundian bagi meringankan beban kewangan rakyat.

“CUEPACS berharap pihak berkuasa dapat memantau dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berlaku (kenaikan harga tiket) bukan sahaja destinasi di Sabah dan Sarawak, malah Semenanjung,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian PRU15. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan