33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PRU15 : GTA yakin boleh gantikan UMNO, bela orang Melayu

Nasib orang Melayu dan negara tidak lagi bergantung kepada UMNO.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GERAKAN Tanah Air (GTA) yakin parti itu boleh menggantikan UMNO dalam usaha memulihkan negara dan membela orang Melayu jika diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah, Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata GTA lebih baik kerana pemimpin dan calonnya bersih, bebas jenayah serta tidak berdepan pertuduhan di mahkamah.

“GTA terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan dan yang bersemangat kebangsaan Melayu dan Malaysia, sayang negara dan agama,”katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Dr Mahathir, UMNO sudah dirampas oleh penjenayah Melayu yang berjuang untuk duit selain untuk menyelamatkan pemimpin mereka daripada didakwa di mahkamah dan dipenjara.

“GTA akan lawan UMNO supaya Malaysia tidak akan diperintah oleh penjenayah yang telah rosak parti, pemerintahan dan negara.

Advertisements

“Pendek kata GTA bertujuan menukar Kerajaan penjenayah kepada Kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah.

“Nasib orang Melayu dan negara tidak lagi bergantung kepada UMNO,” katanya.

Dr Mahathir memberi jaminan GTA mampu memulih semula politik kestabilan, ekonomi yang sihat dan kesejahteraan sosial.

Katanya, Malaysia akan kembali menjadi negara Harimau Asia, di mana orang Melayu akan dihormati dan disanjung tinggi.

“Inilah janji GTA kepada Malaysia dan rakyatnya,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan