26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

‘Politik dinasti’ akan jadi liabiliti kepada PH

Rakyat dan anak muda akan menjadikan ini sebagai isu nepotism yang besar dimana mereka sendiri dapat menilai parti manakah yang lebih membawa suara rakyat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

‘POLITIK dinasti’ yang dipelopori oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bakal menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, tindakan parti-parti itu yang menampilkan calon sama dan dalam kalangan anak-beranak menampakkan mereka hanya menjaga kepentingan peribadi dan keluarga.

“Tidak adakah orang lain dalam kalangan ahli parti yang berwibawa menjadi calon parti masing-masing? Ini tidak, hanya mengutamakan isteri, anak dan adik-beradik sebagai calon.

“Rakyat dan anak muda akan menjadikan ini sebagai isu nepotism yang besar dimana mereka sendiri dapat menilai parti manakah yang lebih membawa suara rakyat dan mengutamakan kualiti pemimpin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muqharabbin berkata, pada masa yang sama rakyat juga masih terperangkap dengan perebutan kuasa antara dua figura iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah berlarutan selama lebih 30 tahun.

Advertisements

Justeru, katanya, sudah tiba masanya rakyat dan anak-anak muda keluar daripada kepompong tersebut dan memberikan sinar baharu politik negara untuk diwarnai oleh pemimpin-pemimpin muda lain.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak manakala anaknya, Nurul Izzah akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh selain beliau sendiri bertanding di Tambun.

Parti Gerakan Tanah Air (GTA) pula mempertaruhkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi manakala anaknnya, Mukhriz Mahathir mempertahankan kerusi Jerlun.

Melihat senario ini, Muqharabbin berkata, beliau yakin pengundi akan kembali memilih Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu membuat rejuvenisasi parti dengan menampilkan muka-muka baharu dan kalangan anak muda dalam PRU-15 ini.

“Ditambah dengan pembentangan Bajet 2023 negara yang memberikan keyakinan kepada rakyat dengan meliputi keseluruhan aspek dalam membawa negara ke arah kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan