26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pemandu rentung, nahas kebakaran kereta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG individu ditemui rentung di dalam sebuah kereta dalam kebakaran yang berlaku di tepi Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang, Klang, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu berada di tempat pemandu dan didapati rentung 100 peratus.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.27 pagi.

Advertisements

“Sebaik tiba 10 minit kemudian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil (nombor plat, BGN 5095).

“Hasil siasatan mendapati, kenderaan berkenaan terbakar 100 peratus dengan seorang mangsa turut terbakar 100 peratus di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes akan dirujuk kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan