28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bajet 2023 : Kementerian terus perkukuh sekuriti makanan

Kementerian akan terus mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan sosioekonomi semua kumpulan sasar.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAJET 2023 akan membantu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melaksanakan pelbagai langkah bersasar bagi mengukuhkan sekuriti makanan negara, ketika ekonomi yang dijangka lebih mencabar pada tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, perancangan bajet itu akan dilaksana secara cekap bagi menjamin kelangsungan aktiviti di sepanjang rantaian serta subsektor agromakanan supaya rakyat terus mendapat bekalan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat.

“Kementerian akan terus mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan sosioekonomi semua kumpulan sasar termasuk pesawah, petani, penternak, nelayan serta pengusaha agromakanan.

“Peranan petugas sektor agromakanan negara akan terus diperkasa dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, selain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, peruntukan dalam Bajet 2023 kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) merangkumi aspek Peningkatan Latihan Kemahiran, Insentif Penempatan Pekerjaan dan Perlindungan Sosial.

“Kenyataan KSM memaklumkan kementerian itu akan meneruskan inisiatif sedia ada dan menggerakkan inisiatif baharu bagi memastikan kesediaan tenaga kerja dalam mendepani Revolusi Industri 4.0.

“Bagi golongan pekerja pula, KSM memperkasa modal insan negara dengan melatih 800,000 pekerja yang diperuntuk melalui dana levi terkumpul HRD Corp, bagi meneruskan program dan inisiatif latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula,”katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan