31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Batu Pahat dilanda banjir kilat, 600 penduduk dipindahkan ke PPS

Kawasan terjejas adalah di Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Batu Sri Gading dan Pekan Sri Gading.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DIANGGARKAN 600 penduduk terjejas banjir di empat kawasan di Sri Gading, Batu Pahat, Johor, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Sri Gading pagi tadi.

Hujan lebat selama empat jam, bermula pukul 1.30 pagi tadi mengakibatkan mukim itu dilanda banjir kilat.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, air pasang besar berlaku pukul 3.00 pagi menyebabkan kawasan rendah cepat dinaiki air.

“Kawasan terjejas adalah di Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Batu Sri Gading dan Pekan Sri Gading.

“Usaha memindahkan penduduk terjejas sedang giat dijalankan,” katanya.

Menurut beliau lagi, keadaan dilaporkan terkawal dan jalan-jalan utama yang menghubungkan daerah itu masih boleh dilalui semua kenderaan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II, Firdaus Ahmad berkata, hujan lebat dan air pasang menyebabkan air tidak dapat keluar dengan cepat ke Sungai Simpang Kanan.

Advertisements

“Pihak bomba menerima laporan pada 3.57 pagi dan mendapati paras air di lokasi dilaporkan naik mendadak setinggi 1 meter.

“Banjir kilat berkenaan melibatkan 16 mangsa terdiri daripada lima keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Firdaus, mangsa yang terjejas banjir telah dipindahkan oleh ahli keluarga.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan