27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Dr Asma dilantik Penasihat STI negara

Lantikan berperanan mengukuhkan hubungan di antara Kerajaan dan saintis serta organisasi sains di dalam mahupun luar negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Akademi Sains Malaysia (ASM) ke-5, Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail dilantik sebagai Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negara.

Pelantikan berkenaan berkuatkuasa 23 Jun 2022 sehingga tamat penggal beliau sebagai Presiden ASM pada 27 Disember 2022.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, ini adalah satu usaha untuk mengukuhkan tadbir urus Kerajaan dalam bidang berkenaan.

“Penasihat STI Negara bertanggungjawab mengemukakan dasar, strategi, prosedur dan langkah-langkah bagi meningkatkan pencapaian dan kelestarian negara dalam bidang STI.

“Beliau turut berperanan untuk mengukuhkan hubungan di antara Kerajaan dan saintis serta organisasi sains di dalam mahupun luar negara,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengalaman Profesor Emerita Datuk Dr Asma selama lebih 30 tahun dalam bidang sains sehingga ke peringkat antarabangsa, bersama sokongan jaringan pakar ASM akan menjadi sumber rujukan Kerajaan dalam menyelesaikan pelbagai isu-isu semasa dengan lebih berkesan untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Baca juga:   Polis keluar waran tangkap terhadap Liyana Razali

Menurut Perdana Menteri, pelantikan ini adalah tanggungjawab besar dan merupakan amanah yang perlu dilaksanakan sebaiknya ke arah merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.

Profesor Emerita Datuk Dr Asma telah mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang menjawat beberapa jawatan penting seperti Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (2014-2016), Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia
(2019-2021), Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2012 dan Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 2016 hingga 2019.

Baca juga:   Polis keluar waran tangkap terhadap Liyana Razali

Pada 24 Mac 2022, beliau telah menerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ke-14.

Di peringkat antarabangsa, beliau dilantik sebagai ahli majlis Inter Academy Panel (IAP) yang berpusat di Itali yang dianggotai oleh 102 buah negara, The Academy of Sciences for the Developing World (TWAS) dan The Islamic World Academy of Sciences.

Selain itu beliau juga dipilih sebagai Ahli Kehormat Akademi Sains Perubatan Iran pada 2017.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan