27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Elaun bulanan penjawat awam kuasai bahasa asing dinaikkan

Mesti Baca

ELAUN bulanan penjawat awam di luar negara yang mampu menguasai bahasa asing ketika menjalankan tugas rasmi akan dinaikkan mulai 1 Januari 2023, umum Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu diambil bagi lmenggalakkan para diplomat untuk menguasai bahasa ketiga.

“Saya menyeru Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik memberikan komitmen untuk memartabatkan bahasa Melayu sambil membuktikan bahasa ibunda kita tidak mengekang kemajuan negara,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sebelum itu Perdana Menteri buat julung kalinya berinteraksi secara maya dengan kesemua Ketua Perwakilan Diplomatik di luar negara sempena Persidangan Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Kesembilan hari ini.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Luar Negeri serta Perwakilan-perwakilan Diplomatik Malaysia perlu sentiasa berperanan lebih aktif agar hubungan Malaysia dengan negara-negara luar dapat dinaik taraf ke peringkat ‘perkongsian strategik’ atau ‘perkongsian strategik komprehensif’.

Advertisements

Sementara itu, dalam hantaran berasingan Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada anak kelahiran Johor, Bon Cheng Lim yang dilantik sebagai Ahli Parlimen Tangney, Perth, Australia.

Malah beliau juga berbangga kerana Cheng Lim atau dipanggil Sam Lim berucap dalam bahasa Melayu selain Mandarin ketika kali pertama bercakap di dalam Dewan Parlimen negara itu.

“Saya bangga melihat bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia oleh Sam Lim ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia.

“Bahasa Melayu bergema di bumi Australia,” kata Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan