33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Tambang percuma sebulan perkhidmatan Prasarana kepada OKU

Tawaran khas tersebut sempena sambutan Hari Kebangsaan negara ini dan ia berkuat kuasa hari ini sehingga 30 September 2022.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan menawarkan tambang percuma selama sebulan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana iaitu Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi LRT, MRT, Monorel, BRT atau bas henti-henti, dan juga Rapid Mobiliti.

Tawaran khas tersebut sempena sambutan Hari Kebangsaan negara ini dan ia berkuat kuasa hari ini sehingga 30 September 2022.

Menurut Menteri, Datuk Seri D. Wee Ka Siong, kemudahan ini bakal memanfaatkan pengguna di kalangan OKU bagi perkhidmatan bas dan rel dengan purata masing-masing seramai 23,527 dan 26,762 orang bagi tempoh sebulan.

Advertisements
Ka Siong membantu salah seorang penumpang OKU di Stesen MRT TRX.

”Semua warga OKU yang mempunyai kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak menikmati perjalanan percuma selama 31 hari,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Pelepasan Peserta Eksplorasi Merdeka Rapid KL di Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX).

Hadir sama, Pengerusi Prasarana, Tan Sri Jamaludin Ibrahim; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, En. Mohd Azharuddin Mat Sah serta Wakil OKU, YB Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan