26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Bentang bajet awal perkara biasa – Ismail Sabri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LANGKAH mempercepatkan tarikh pembentangan bajet negara adalah perkara biasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Perkara biasalah. Dulu zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pernah buat (bajet) bulan September,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran program USHAniaga Keluarga Malaysia hari ini.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai beberapa laporan media yang mengatakan bahawa Bajet 2023 akan dibentangkan awal iaitu pada 7 Oktober, sedangkan menurut takwim Dewan Rakyat, Bajet 2023 sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober.

Ditanya mengenai tarikh pembentangan bajet, Ismail Sabri berkata, ia akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan