31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jabatan Penjara nafi Najib diberi layanan VIP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Penjara Malaysia menafikan dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima ‘layanan istimewa’ di Penjara Kajang.

Dalam satu muat naik menerusi Facebook, Jabatan Penjara Malaysia menggesa agar penyebaran berita palsu berkaitan perkara tersebut dihentikan.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan kemungkinan layanan VIP diberikan kepada Najib di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, semalam.

Advertisements

Seorang pemilik akaun Facebook mendakwa penjara atau bilik tahanan untuk VIP tidak sama seperti bilik banduan biasa dan kemungkinan aksesnya lebih hebat berbanding rumah orang awam.

Pengguna Facebook itu turut berkongsi sekeping gambar memaparkan sebuah bilik dipercayai penjara lengkap dengan katil dan tilam, almari pakaian dan meja makan yang disahkan palsu.

Bagaimanapun hantaran tersebut dipercayai sudah dipadamkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan