25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Lelaki tempatan dan warga asing ditangkap cuba ragut wanita

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat jika mengesan aktiviti menyalahi undang-undang dengan menghubungi MERS 999, IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PADAH buat dua lelaki yang cuba meragut seorang wanita sedang berjalan di Persiaran KLCC, apabila diberkas orang awam malam Ahad lalu.

Difahamkan, kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 32 dan 35 tahun kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, dalam kejadian pada jam 9.38 malam itu, dua suspek terbabit yang menaiki sebuah motosikal meragut seorang wanita.

“Pada masa sama, orang awam yang melalui jalan berkenaan yang terlihat kejadian itu berhenti membantu menyelamatkan mangsa.

“Berdasarkan satu rakaman video kejadian itu berdurasi satu minit lima saat yang tular di media sosial mendapati beberapa lelaki menghalang suspek meragut, sekali gus menahan suspek terbabit,” katanya kepada media, hari ini.

Advertisements

Noor Dellhan berkata, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar dan serangkai kunci motosikal.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka kertas siasatan berkenaan kejadian itu.

“Kedua-dua suspek direman lima hari bermula Isnin hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat jika mengesan aktiviti menyalahi undang-undang dengan menghubungi MERS 999, IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan