28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua

Projek berkenaan akan diteruskan bersandarkan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia serta berkait rapat dengan polisi 15 kepada 5 TLDM.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KAPAL pertama Littoral Combatant Ship (LCS) dijangka dapat disiapkan dalam tempoh antara setahun hingga dua tahun lagi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.

“Kita diberikan enam bulan selepas keputusan Kabinet untuk memobilisasikan usaha untuk menghidupkan semula projek ini. Ia melibatkan libat urus dengan vendor di Perancis, ia melibatkan engagement dengan agensi perbankan.

“Tetapi untuk Dewan ini saya nak nyatakan, sekurang-kurangnya dalam masa setahun dua saya harap kapal pertama dapat kita siapkan.

“Saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat, kapal-kapal yang telah dijanjikan kepada TLDM, saya akan maklum kepada Kabinet apa yang telah kita lakukan, pastikan ia mengikut apa yang telah dijadualkan,” katanya di Dewan Negara.

Isu berkenaan kapal perang berkenaan kembali menjadi pendebatan hangat selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melaporkan terdapat elemen kelemahan dan penyelewengan dalam projek itu.

Advertisements

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh pada minggu lepas berkata, Boustead Naval Shipyard (BNS) tidak menggunakan sepenuhnya bayaran daripada kerajaan untuk projek tersebut.

Mengulas Lanjut, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, projek berkenaan akan diteruskan bersandarkan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia serta berkait rapat dengan polisi 15 kepada 5 TLDM.

Katanya lagi, jika terdapat unsur penyelewengan, kementerian tidak akan mempertahankan individu tersebut.

Selain itu, beliau berkata, jika tidak diteruskan, ia akan mengakibatkan ramai vendor, termasuk veteran TLDM gulung tikar.

“Ini merupakan satu pandangan yang diperlukan TLDM. Kedua, pertimbangan untuk memastikan vendor yang sedia … ada ratusan juga, yang sebahagian besar merupakan mereka daripada golongan veteran, tidak gulung tikar. Dan projek ini perlu diteruskan selepas mengambil kira kebajikan mereka,” katanya lagi.-BERNAMA

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan