24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Johor kaji semula cuti hujung minggu – MB

Kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara berkenaan supaya ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Johor akan mengkaji semula cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu berikutan banyak keluhan disuarakan rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau maklum mengenai keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza antara pihak kerajaan dan swasta.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara berkenaan supaya ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

“Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah yang paling tuntas untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya ketika menyampaikan amanat khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA), di Johor, hari ini.

Advertisements

Untuk rekod, pada 23 November 2013, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-55, menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda dilaporkan bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari 2014 bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.

Selain Johor, negeri terawal mengubah cuti hujung minggu ke Jumaat dan Sabtu seperti yang adalah di Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan