28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dua remaja hilang ditemukan mati dalam Toyota Alphard

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA remaja yang dilaporkan hilang sejak 25 Mei lalu terjawab apabila kedua-duanya ditemui mati dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di parkir bawah tanah di sebuah bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi panggilan telefon daripada orang awam yang menemui mayat dalam Toyota Alphard pada pukul 8.26 malam.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Salak Selatan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Hasil siasatan di lokasi menemui mayat seorang wanita tempatan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki tempatan masing-masing berusia 19 tahun di bahagian penumpang belakang MPV berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Muhammad Idzam lagi, sebelum ini pihak polis ada menerima laporan kehilangan kedua-dua mangsa yang dibuat oleh ibu bapa masing-masing di Kuala Selangor, Selangor pada 25 Mei lalu.

Advertisements

Menurutnya, pemeriksaan pada badan kedua-dua mangsa serta lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Kedua-dua mayat terbabit dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan