26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Cari nahas, tahan sakit angkara cincin melekat pada kemaluan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CARI nahas,….

Begitulah yang berlaku pada seorang lelaki warga Rohingya yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang pada malam tadi selepas sebentuk cincin melekat pada kemaluannya.

Lelaki berkenaan menahan sakit lebih satu jam ketika anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan cincin tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 9.20 malam.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 9.23 malam.

Advertisements

“Kejadian melibatkan seorang lelaki Rohingya berumur 26 tahun yang mana cincin melekat pada alat sulit mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan cincin tersebut.

“Anggota bomba kemudian berjaya memotong cincin tersebut dan mengeluarkannya menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang dalam keadaan stabil diserahkan kepada pihak Hospital Ampang untuk tindakan lanjut,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan