27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Wanita panik ular tedung ‘tumpang’ kereta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita bersama dua anaknya yang masih kecil berhadapan detik cemas apabila mendapati seekor ular tedung berada di dalam kereta yang dipandunya di Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dekat Shah Alam Ahad lalu.

Panik dengan kehadiran ‘penumpang’ tidak diundang itu, wanita tersebut memberhentikan kenderaannya di laluan kecemasan di Kilometer 26.7 lebuh raya tersebut.

Mujur ketika kejadian pasukan peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor diketuai Ahmad Khairuddin Khalid @ Othman membuat rondaan di kawasan tersebut kira-kira pukul 6 petang.

“Pemandu dan kedua anaknya keluar daripada kenderaan dan memaklumkan terdapat seekor ular di bahagian letak kaki pemandu dan meminta bantuan anggota JPJ untuk mencari ular tersebut.

Advertisements

“Setelah memeriksa kereta tersebut, seekor ular jenis tedung telah dijumpai.

Terima kasih abang JPJ…

“Tindakan pantas anggota JPJ akhirnya berjaya mengeluarkan binatang berbisa itu daripada kenderaan,” kata JPJ Selangor menerusi Facebooknya hari ini.

Wanita terbabit dan anak-anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan dan meneruskan perjalanan mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan