25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pensampelan secara rawak dijalankan, kesan Omicron XE

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENSAMPELAN secara rawak di pintu masuk antarabangsa akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), bagi mengesan kehadiran mutasi baharu varian Omicron, XE dalam kalangan pengembara memasuki negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kementerian itu juga memantau kes COVID-19 di hospital.

Beliau berkata, KKM akan menggunakan semua protokol sedia ada.

“XE ialah Omicron Recombinant BA1 dan BA2, walaupun lebih kebolehjangkitan 10 peratus tetapi keparahan masih dipantau.

“KKM akan menjalankan pensampelan secara rawak di pintu masuk antarabangsa dan memantau kes-kes di hospital,” katanya, lapor BH.

Advertisements

Beliau berkata, usaha mengelakkan penularan varian berkenaan boleh dilakukan dengan meneruskan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP), ujian saringan COVID-19 menyeluruh, liputan vaksin dan penggunaan ubat antiviral.

Ditanya jika fokus akan diberikan terhadap negara tertentu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya hanya akan menjalankan pemantauan rapi, selain penjujukan genom.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan Malaysia belum mengesan kehadiran mutasi baharu varian XE yang setakat ini, dikesan di Thailand.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengikuti perkembangan berkaitan varian baharu itu, selain KKM sendiri belum mengetahui ciri-cirinya varian berkenaan.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan