25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kerajaan peruntuk RM5 juta bela nasib isteri, anak-anak teraniaya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi penubuhan Pusat Bantuan Guaman Syarie sebagai usaha membantu kos guaman kes nafkah isteri teraniaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nasib isteri dan anak-anak yang ditinggalkan harus dibela.

Menurut beliau, penubuhan pusat berkenaan adalah bagi membantu seperti kes persendirian yang tidak memberikan keadilan kepada pihak isteri.

“Ini bagi memastikan setiap ibu dan bekas isteri mendapat peluang dan keadilan yang sama. Hakim Mahkamah Syariah dicadangkan supaya mengeluarkan perintah perceraian dan perintah nafkah untuk isteri dan anak-anak secara serentak.

“Untuk kes yang telah mendapat perintah mahkamah dan suami masih ingkar membayar, mahkamah syariah perlu bertindak memotong gaji suami atau membekukan akaun supaya bank membuat bayaran terus dari akaun suami,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bagi membincangkan mengenai isu membabitkan undang-undang syariah.

Advertisements

Perdana Menteri berkata kerajaan juga mencadangkan pembayaran terus nafkah anak daripada akaun akan dilaksanakan segera membabitkan penjawat awam berdasarkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

Beliau berkata mahkamah mempunyai peruntukan untuk mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap majikan yang enggan membuat potongan gaji kakitangan secara terus untuk tuntutan nafkah daripada akaun pekerja.

“Seperti yang saya umumkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, akaun suami perlu dibekukan untuk membuat bayaran terus melalui akaun bank bekas isteri dan anak-anak.

“Kita juga minta Mahkamah Syariah tegas kepada mana-mana suami yang ingkar terhadap keputusan mahkamah, mahkamah mesti mengeluarkan perintah penghinaan mahkamah supaya tindakan perundangan seterusnya boleh diambil terhadap suami,” tambahnya.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata beliau akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia untuk mengarahkan bank-bank mengambil tindakan mengenai pembayaran nafkah yang ditetapkan oleh Mahkamah Syariah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan