28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KPM perincikan data ‘trend’ bersara awal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) dalam proses memperincikan data serta penilaian sebenar berhubung ‘trend’ persaraan awal dalam kalangan guru yang dilihat hampir menyamai kadar guru bersara wajib.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin berkata, perincian bukan sahaja dari segi jumlah, namun turut meliputi beberapa perkara lain termasuk mengenai sebab, punca, usia, serta pengalaman dalam karier perguruan bagi yang memohon bersara awal.

“Dalam konteks ini, secara umumnya kadar persaraan dalam kalangan guru yang bersara wajib (dengan bersara pilihan awal) itu lebih kurang sama.

“Kita hendak perincikan perkara ini apabila ramai yang bercakap, macam-macam ‘pattern’ (corak) dan ‘trend’ mengenai perkara ini (guru bersara awal).

Advertisements

“Jadi kita sedang susun data ini untuk diperincikan sedikit lagi,” katanya ketika sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Idrus, Chemor, di sini, lapor BH Online.

Beliau yang ditemani Ketua Pengarah Pendidikan, Nor Zamani Abdol Hamid, turut meninjau lima lagi sekolah kebangsaan di sekitar daerah Kinta, di sini.

Februari lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan, ada guru yang memohon bersara awal akibat tekanan berikutan COVID-19 di negeri ini.

Begitupun, Saarani menyeru agar guru terlibat tidak mengambil keputusan meletak jawatan atau bersara awal disebabkan COVID-19 memandangkan mereka adalah ejen perubahan masyarakat.

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan