33 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

5,571 perwakilan sertai PAU 2021 – Ahmad Maslan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 5,571 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang akan bermula pada 16 hingga 19 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, usul Ucapan Dasar Presiden adalah usul utama dan pembahas boleh membangkitkan isu serta cadangan mengenai agama, pendidikan, ekonomi, sosial, antarabangsa dan politik.

“PAU 2021 diwarnai dengan semangat dan kesyukuran yang tinggi setelah Barisan Nasional (BN) menang di PRN Melaka 21/28 kerusi (75 peratus), rakan karib BN iaitu GPS di Sarawak menang 76/82 kerusi (92 peratus) dan di Johor menang 40/56 kerusi (72 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena PAU 2021 di Menara Dato Onn, WTC Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad menyatakan raptai penuh PAU2021 telah diadakan hari ini meliputi Acara Menaikkan Bendera di Plaza Merdeka dan acara-acara dalam Dewan Merdeka.

Advertisements

“Malah, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) seperti penjarakan fizikal, pelitup muka, sanitizer dan mySejahtera akan digunakan.

“Dewan Tun Razak 4 yang sebelum ini untuk dewan makan turut diguna untuk perwakilan selain Dewan Tun Hussein dan Dewan Tun Dr Ismail.

Menurutnya, pada PAU2021 turut akan disampaikan Anugerah Tokoh UMNO 14 Negeri selepas Ucapan Dasar Presiden pada pagi Jumaat 18 Mac dan hadiah pemenang Sayembara Puisi, Cipta Logo dan Video Pendek sempena Jubli Intan 75 Tahun UMNO akan diadakan sebelum penggulungan perbahasan pada petang Sabtu 19 Mac.

“Acara-acara PAU2021 boleh diikuti secara live melalui portal berita di www.umno-online.my. Terdapat pameran 20 agensi akan diadakan di Aras 2 WTC.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

RM15.11 bilion untuk biayai 270 program keusahawanan – Zahid

KERAJAAN akan membelanjakan sebanyak RM15.11 bilion bagi melaksanakan 270 program keusahawanan dan memanfaatkan 479,350 usahawan, kata Timbalan Perdana Menteri,...

Lagi Artikel Berkaitan