33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Telegram, WhatsApp Zahid digodam, minta wang dari orang ramai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKAUN Telegram dan WhatsApp milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan meminta wang daripada orang ramai.

Sehubungan Presiden UMNO itu menggesa mereka yang menerima pesanan melalui kedua-dua aplikasi media sosial itu agar mengabaikannya kerana bukan datang daripadanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pada masa kini beliau sedang berusaha untuk mendapatkan semula akaun miliknya yang kini “dirampas” oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

“Akaun Telegram dan WhatsApp saya telah digodam. Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

Zahid turut berkongsi tangkap layar yang memaparkan pesanan seolah-olah kirimannya kepada seorang kenalan yang meminta meminjam sejumlah wang.

Zahid Hamidi berkongsi tangkap layar media sosial miliknya yang telah digodam.

Apa yang pelik, nombor akaun penerima yang diberikan bukan milik Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, sebaliknya seorang individu bernama “Zainal Abidin”.

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelbagai inisiatif dilaksana untuk reformasi pendidikan negara – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan