32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PRN Johor: UMNO sasar bertanding 42 kerusi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO menyasar untuk bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata jumlah itu belum mengambil kira kerusi DUN bagi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Beliau berkata, parti itu masih dalam peringkat perbincangan bersama rakan komponen dan akan memutuskan jumlah akhir tidak lama lagi.

“Kami menyasar minimum 42 daripada 56 kerusi DUN di Johor. Ini hanya mengambil kira UMNO sahaja,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Beliau hadir di mahkamah itu bagi memberikan sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menanti keputusan kesnya berhubung 47 pertuduhan rasuah yang dihadapi.

Semalam Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan dengan cadangan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan.

Hasni berkata, keputusan itu dibuat selepas kedudukan kerajaan negeri dalam keadaan rapuh setelah kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian baru-baru ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan