30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

5 jalan masih ditutup di Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK lima jalan masih ditutup di seluruh Selangor ekoran kenaikan air dan tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan.

Penutupan itu melibatkan Daerah Sepang, Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Kajang.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memaklumkan perkembangan penutupan akibat banjir itu dibuat menerusi pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Penutupan jalan melibatkan Daerah IPD Sepang dari Jambatan FT 31 Dengkil ke Banting.

Advertisements

IPD Hulu Selangor pula melibatkan Jalan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser menghala ke Peretak dibuka untuk kenderaan ringan sahaja dan jalan Kampung Kalong Tengah, Ulu Yam Baru.

Sementara itu, di IPD Petaling Jaya pula, penutupan jalan melibatkan Jambatan Jalan menghala ke Lapang Sasar, Subang susulan jambatan rosak akibat banjir.

Terakhir adalah di Daerah IPD Kajang melibatkan Jalan Genting Peras ke Kuala Klawang, lapor Astro Awani.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan