24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Dua sungai di Pahang berada pada paras bahaya – JPS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA buah sungai di Pahang melibatkan daerah Bera dan Maran masih berada pada paras bahaya setakat pukul 11 pagi ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan berkata, amaran bahaya itu melibatkan Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Sungai Pahang di Water Front, Sungai Kundang dan Sungai Pahang di Lubuk Paku.

Sementara itu, peringkat amaran turut dikeluarkan membabitkan daerah Pekan di kawasan Paloh Hinai dan Lubuk Pasu di Temerloh.

“Orang ramai dan penduduk dinasihatkan bersiap sedia dan sentiasa waspada dengan keadaan cuaca,” katanya.

Advertisements

Sebelum ini, media melaporkan tujuh sungai di Pahang dilapor berada pada paras bahaya, manakala lima lagi di tahap waspada dan enam di paras amaran.

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat di Bera, Maran, Mentakab dan Temerloh, Pahang, sehingga jam 12 tengah hari.

264 PPS dibuka bagi menempatkan 37,761 mangsa banjir di Pahang.

Selain itu, sebanyak 26 kes kematian direkodkan, masing-masing 10 di Pahang dan 16 di Selangor, manakala tujuh mangsa lagi dilaporkan hilang.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan