25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bot karam : 2 lagi mayat PATI ditemui

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA lagi mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang hilang dalam insiden bot pancung karam di Perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi di sini, ditemui berhampiran lokasi kejadian jam 10 pagi tadi.

Terdahulu, lima mayat iaitu tiga lelaki dan dua wanita ditemui awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa, berkata kedua-dua mayat yang ditemui adalah lelaki.

Katanya, mayat pertama ditemui pada jarak 100 meter manakala mayat kedua pada jarak 280 meter dari Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC).

Advertisements

“Ia menjadikan jumlah penemuan mayat pada hari kedua Op Carilamat ialah tujuh mayat. Semua mayat akan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

“Penemuan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa seramai 32 orang iaitu 14 mangsa selamat dan 18 mangsa maut.

“Pencarian masih diteruskan untuk mengesan lagi baki 18 mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan