25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

5,291 kes baharu hari ini – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan hari ini dengan sebanyak 5,291 kes dilaporkan berbanding 5,071 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah 2,486,630.

Menurut beliau, daripada kes harian tersebut, sebanyak tujuh kes adalah kes import manakala 5,284 kes adalah penularan tempatan.

“Terdapat 75 kes (1.4 peratus) daripada kes harian yang dilaporkan adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Sementara 5,216 kes atau 98.6 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Advertisements

Katanya, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak4,947 kes sekaligus menjadikan 2,390,379 kes kumulatif, atau 96.1 peratus.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 545 kes (534 kes disahkan COVID-19 ; 11 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 286 kes (214 kes disahkan COVID-19 ; 72 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Ujar beliau, terdapat tujuh kluster baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif terkini sebanyak 390 kluster.-Edisi 9


Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan