31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kes aktif, kes harian COVID-19 menurun – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes aktif COVID-19 dan kes harian negara terus menunjukkan trend penurunan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Kes aktif sahaja, sebanyak 371 kes dilaporkan, menjadikan keseluruhan, jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 66, 862 kes.

Di samping itu, bilangan kes sembuh negara juga merekodkan pertambahan kes dengan sebanyak 5,372 kes sekaligus melebihi kes baharu harian negara yang direkodkan.

Pertambahan angka tersebut menjadikan  jumlah kumulatif kes sembuh sehingga kini mencecah 2,385,432 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 15 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), dilaporkan semalam.

Advertisements

Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,879 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 70 kes kematian dilaporkan, dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 29,045 kes.

Menerusi data laporan tersebut juga, daripada kes aktif terbabit, sejumlah 51,472 kes (77.0 peratus) bagi kuarantin di rumah; sebanyak 8,988 kes (13.4 peratus) di PKRC; sebanyak 5,845 kes (8.7 peratus) di hospital; sebanyak 257 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan dan 300 kes (0.4 peratus) ICU perlukan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan, kes baharu harian merekodkan trend penurunan dengan sebanyak 5,056 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,475,983 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan