26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Seorang maut, tiga cedera, kereta langgar gajah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut, manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai melanggar gajah dan terbabas di Jalan Pinang menghala Bukit Tongkat, Kluang, Johor.

Difahamkan, idividu yang meninggal dunia adalah Ismail Daud, 37.

Memetik laporan Harian Metro, Komander Operasi Abd Rahim Razali dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam berkata, pihaknya dengan kekuatan lapan anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.59 malam semalam.

“Sebaik tiba, kemalangan didapati membabitkan Honda City yang dinaiki empat mangsa yang mana tiga orang dikeluarkan orang awam dan sudah dihantar ke hospital.

Advertisements

“Pasukan bertindak mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi,” katanya hari ini.

Menurutnya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 10.44 malam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan