31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tular gambar bertemu Anwar, Idris kata hanya minum sahaja

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan pernah bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, ia susulan sekeping gambar tular di media sosial menunjukkan beliau bersama tiga lagi bekas ADUN yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Isnin lalu.

Mereka adalah Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Turut hadir pada pertemuan dipercayai diadakan di sebuah hotel di Kota Laksamana, Melaka dua hari lalu itu ialah Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.

“Itu pertemuan biasa PH, memperkenalkan empat Adun yang sudah merubah kerajaan. (Kami) minum malam, itu saja.

“Pertemuan itu tidak membincangkan hal mengenai tawaran menyertai PKR, tetapi lebih kepada sesi perkenalan dan berbicara hal ehwal politik semasa,” katanya.

Advertisements

Mengulas lanjut, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, pada perjumpaan itu, Anwar menasihatkan semua empat Adun berkenaan supaya kekal bersabar dan menyerahkan segalanya kepada mahkamah.

Katanya, Ketua Pembangkang itu menyatakan perjuangan yang dilakukan itu lebih kepada usaha menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran selain memperjuangkan keadilan sejagat.

“Saya memang pegang kepada prinsip itu, bahkan semasa dalam Umno dulu pun saya berpegang kepada prinsip kesaksamaan sejagat.

“Prinsip itu sama, cuma mungkin kaedah metadologi itu lain sikit. Semasa dalam Umno pun, saya perjuangkan kesaksamaan sejagat,” katanya.

Semalam, Idris mendedahkan pernah dihubungi dua presiden parti dalam gabungan PH selepas beliau bersama tiga ADUN lain menarik sokongan terhadap Sulaiman.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan