26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

15,456 kes sembuh; 76 kematian COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes sembuh COVID-19 merekodkan pertambahan dengan sebanyak 15,456 kes dilaporkan berdasarkan data COVIDNOW setakat, semalam.

Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 2,116,021.

Sementara itu, kes kematian COVID -19 menurun di bawah angka 100 dengan 76 kes dilaporkan termasuk dua kes kematian sebenar dilaporkan dalam tempoh 24 jam

Jumlah tersebut menjadikan kes kematian terkini di seluruh negara sebanyak 26,759 kes.

Advertisements

Daripada jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 15 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan keseluruhan kes BID di Malaysia sebanyak 5,382 kes.

Jumlah kes aktif juga berkurangan kepada 142,860 kes melibatkan 116,748 kes (81.7 peratus) dikuarantin di rumah, 16,862 kes ( 11.8 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC) serta 8,383 kes (5.9 peratus) di hospital.

Selain itu, 406 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 461 kes (0.3 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan