28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Murid kurang berkemampuan dapat pelitup muka percuma

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membekalkan pelitup muka percuma kepada murid memerlukan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, langkah berkenaan adalah sejajar dengan perlaksanaan pemakaian pelitup muka di dalam kawasan sekolah.

“Penutup muka tak diwajibkan sebelum ini, namun kini diwajibkan dipakai dalam kawasan sekolah. Sekiranya mahu memakai pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Advertisements

“Bagi murid memerlukan, kita akan bekalkan sedikit pelitup muka di sekolah dan guru-guru akan memberikan kepada murid berkenaan,” katanya sempena sidang media Pengoperasian Sekolah hari ini.

Radzi berkata, bekalan berkenaan adalah bagi murid yang ingin hadir ke sekolah, namun tidak mampu untuk menyediakan pelitup muka.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan