25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pendakwah terkenal dipanggil ke Bukit Aman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang pendakwah terkenal dipercayai akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok untuk diambil keterangan.

Memetik laporan Utusan TV, difahamkan pendakwah berusia lingkungan 30-an itu diminta membantu siasatan melibatkan kes gangguan seksual.

Menurut sumber, pihak polis akan memanggil pendakwah itu untuk dirakam percakapannya esok.

Advertisements

“Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya hari ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada pendakwah tersebut adalah orang yang sama yang videonya tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan