26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Dua tapak binaan di KL, Seremban diarah henti operasi

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lembaga Pembangunan Pembinaan Industri Malaysia (CIDB) terus mempertingkatkan penguatkuasaan di tapak-tapak binaan apabila melakukan Operasi Bersepadu Covid-19 di seluruh negara.

Semalam, CIDB Wilayah Persekutuan yang melakukan operasi itu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja (JKKP), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memeriksa sebanyak satu  tapak .

“Hasil pemeriksaan  tapak yang menjalankan projek Blok pangsapuri PPAM didapati tidak patuh SOP dan telah diarahkan untuk menghentikan operasi dengan serta  merta kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN. 

Advertisements

“Kontraktor juga didapati tidak mematuhi SOP tapak bina kerana Penginapan Pekerja Tidak Mempunyai Kelulusan Daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Atau Jabatan Tenaga Kerja (JTK),” kata CIDB dalam kenyataan.

Di Seremban, CIDB turut mengadakan pemeriksaaan ke atas sebuah tapak binaan dan mendapati ia tidak mematuhi SOP.

“Tapak tersebut telah diarahkan untuk menghentikan operasi dengan serta merta oleh pasukan Penguatkuasaan CIDB Seremban kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN dan  gagal mempamerkan kelulusan pembangunan penginapan pekerja dari PBT,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan