27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Beri tempoh 14 hari sidang Parlimen hanya cadangan Biro Politik

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tempoh 14 hari yang diberikan UMNO kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar memulakan sidang Parlimen adalah pandangan Biro Politik parti itu, bukannya Majlis Tertinggi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Biro Politik boleh mengemukakan cadangan mereka tetapi ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi.

Beliau berkata, setakat ini Majlis Tertinggi UMNO belum bermesyuarat dan tidak ada perbincangan mengenai isu tersebut.

“Tak ada. Kita tak bincang… Itu pandangan Biro Politik UMNO ya, bukan Majlis Tertinggi. Dari segi dasar, yang boleh memutuskan dasar adalah Majlis Tertinggi.

“Biro politik hanya mencadangkan, tetapi Majlis Tertinggilah yang akan memutuskan. Jadi cadangan (Biro Politik) UMNO supaya 14 hari diadakan persidangan,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Menteri Kanan Pertahanan sebelum itu melawat pesara tentera Suria Mohamad, 59 dan keluarganya yang kini ditempatkan sementara di Flat Sri Johor di sini sebelum mendapatkan kediaman baharu.

Advertisements

Kisah Suria bersama isteri dan lima anaknya terpaksa tinggal di bawah jambatan Loke Yew sejak November 2019 tular sejak beberapa hari lalu.

Ismail Sabri berkata, titah Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen perlu dibuka “secepat mungkin” telah ditafsir dengan pelbagai interpretasi, dan tafsiran Biro Politik UMNO pula mungkin 14 hari.

“Tapi soalnya, kalau tidak mengadakan sidang (dalam tempoh itu), akan jadi? Apa tindakan? (Itu) Tidak dibincang,” katanya sambil menjelaskan tiada percanggahan di pihak UMNO bahawa Parlimen perlu dibuka.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuka semula sidang Parlimen.

Jika gagal berbuat demikian, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi parti itu akan memuktamadkan tindakan selanjutnya.

“Kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Pemerintah,” kata Ahmad Zahid dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik, malam semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan