33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Boleh balik kampung sambut raya? Belum tentu lagi

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pasti ramai yang sudah memasang angan-angan untuk balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan Mei selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan tentang kemungkinan kerajaan mempertimbangkan kebenaran perjalanan rentas negeri.

Walau bagaimanapun, seperti yang dijelaskan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan tentang perkara tersebut akan ditentukan oleh penilaian risiko Kementerian Kesihatan.

Menurut beliau, setiap keputusan yang dibuat oleh sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah berdasarkan penilaian risiko tersebut.

“Perdana Menteri beri gambaran tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku tetapi akhirnya sidang khas MKN putuskan berdasarkan cadangan daripada Kementerian Kesihatan.

“Kalau Kementerian Kesihatan kata OK, jadi mesyuarat akan memutuskan berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan tadi,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Baru-baru ini, Bernama melaporkan, Muhyiddin berkata, kerajaan akan membuat kajian terperinci berhubung sama ada perjalanan rentas negeri dan ziarah dibenarkan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pada masa yang sama, beliau membayangkan tentang kemungkinan membenarkan solat sunat Aidilfitri, takbir raya dan menziarah rumah-rumah terdekat semasa perayaan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri menegaskan, kerajaan tidak mengamalkan dwistandard dalam menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisements

Beliau menambah, semua rakyat termasuk orang kenamaan dan selebriti tetap dikenakan tindakan sekiranya mereka melanggar SOP.

“Kalau ada kes, tak kiralah melibatkan selebriti atau siapa sahaja, kita lapor kepada polis.

“Kalau rakyat WhatsApp kepada saya, saya akan forward kepada polis.

“Bukan kuasa saya untuk menangkap dan menghukum,” jelasnya.

Berhubung tindakan penguatkuasaan, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 17 individu semalam atas kesalahan ingkar SOP PKP dan kesemuanya telah dikompaun.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah aktiviti pusat hiburan (14) dan tidak memakai pelitup muka (3).

Selain itu, pasukan keselamatan berjaya mengusir tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui satu aktiviti pengusiran serta mengesan 52 buah bot/ kapal di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan.– EDISI 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan