Monday, July 20, 2026

Anwar hargai peranan wanita, anggap penggerak kemajuan negara

Anwar turut berkongsi penghargaan kepada isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan yang dimainkan oleh kaum wanita sebagai nadi keluarga, tiang seri masyarakat dan penggerak penting kemajuan negara.

Menurut Perdana Menteri, di sebalik keluarga yang utuh dan masyarakat yang sejahtera, terserlah pengorbanan, ketabahan serta kebijaksanaan wanita yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang demi masa depan yang lebih baik.

Ahli Parlimen Tambun itu turut berkongsi penghargaan kepada isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

“Secara peribadi, saya amat menghargai segala pengorbanan wanita dalam kehidupan saya sendiri, khususnya Azizah serta anak-anak yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, kesabaran dan dukungan sepanjang perjalanan perjuangan ini.

“Sesungguhnya, kekuatan yang sama juga terpancar daripada jutaan wanita di seluruh negara, para ibu, isteri, anak, pendidik, penjaga dan pemimpin masyarakat yang setiap hari berjuang dalam senyap demi keluarga dan negara tercinta,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Anwar turut mengajak masyarakat bersama-sama menghargai peranan dan sumbangan besar wanita, serta memastikan mereka terus dihormati, diperkasa dan diberikan ruang yang adil untuk menyumbang kepada kemajuan negara.

“Kalian adalah kekuatan, harapan dan masa depan negara,”kata beliau. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan