Friday, June 5, 2026

Malaysia ambil langkah percepat agenda pendigitalan sektor awam

Keutamaan turut diberikan kepada peningkatan liputan dan kualiti internet di IPTA serta premis latihan kerajaan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran digital secara berterusan.

Mesti Baca

KERAJAAN akan melaksanakan beberapa langkah dalam usaha memperkukuhkan agenda pendigitalan sektor awam bagi memberikan perkhidmatan lebih pantas, pantas, mudah, telus dan berfokus kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bil. 6/2025 yang dipengerusikan beliau hari ini.

Menurut beliau, antara langkah yang diambil ialah menubuhkan Unit Transformasi Digital (DTU) di setiap kementerian, mempercepat pendaftaran MyDigital ID, serta memacu pembangunan MyGov Malaysia sebagai gerbang digital tunggal berteraskan kecerdasan buatan (AI).

“Keutamaan turut diberikan kepada peningkatan liputan dan kualiti internet di IPTA serta premis latihan kerajaan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran digital secara berterusan,” kata beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata, bagi merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai Hab Kreatif Digital Global menjelang 2030, kerajaan telah merangka Pelan Hala Tuju Ekosistem Kreatif Digital 2026–2030 (DICE Roadmap).

Beliau berkata, pelan tersebut sebagai panduan untuk meletakkan negara sebagai peneraju penciptaan harta intelek berkualiti tinggi serta pembangunan bakat kreatif bertaraf dunia.

Beliau berkata, segala inisiatif itu akan menjadi asas kepada Fasa 3 Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (2026–2030) yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan perniagaan, peningkatan taraf hidup rakyat dan reformasi ekonomi digital negara.

“Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus berusaha dengan penuh tekad dan kecekapan, berpaksikan rakyat, demi memastikan Malaysia kekal maju, makmur dan bersedia menghadapi cabaran era digital yang semakin pesat,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan