Wednesday, July 22, 2026

7 warga Afghanistan cuba masuk Malaysia guna visa palsu ditahan 

Siasatan awal mendapati kesemua individu terbabit yang terdiri daripada lima orang dewasa dan dua kanak-kanak, telah menggunakan visa palsu dipercayai diperoleh dari Uzbekistan. 

Mesti Baca

TUJUH warganegara Afghanistan termasuk dua kanak-kanak telah ditahan di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana cuba memasuki negara ini menggunakan visa palsu.

Agensi Kawalan dan Perlindungam Sempadan (AKPS) dalam satu kenyataan berkata, kumpulan pertama tiba di negara ini pada pagi Ahad lepas manakala kumpulan kedua pada malama Selasa.

“Bertindak atas maklumat, pihak AKPS KLIA telah memeriksa dokumen mereka. Siasatan awal mendapati kesemua individu terbabit yang terdiri daripada lima orang dewasa dan dua kanak-kanak, telah menggunakan visa palsu dipercayai diperoleh dari Uzbekistan. 

“Mereka mendakwa telah melarikan diri dari Iran sebelum menjadikan Malaysia destinasi akhir,” kata kenyataan itu hari ini.

AKPS KLIA kemudiannya mengambil tindakan tegas dengan menolak kemasukan kesemua mereka kerana melanggar syarat imigresen dan memalsukan dokumen perjalanan.

Visa palsu konon dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Uzbekistan.

Agensi itu berkata, tindakan pantas dan berkesan tersebut mencerminkan komitmen berterusan AKPS dalam memastikan kawalan keselamatan sempadan berada pada tahap tertinggi.

Di samping itu, tegas AKPS, pintu masuk negara tidak akan dikompromi oleh sebarang cubaan migrasi tidak sah. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan