Thursday, June 4, 2026

Bukan obses tapi hanya pertahan hak Najib – Akmal

Kami tidak turun berdemo mempertikaikan keputusan mahkamah seperti yang pernah dilakukan oleh penyokong Datuk Seri satu masa dahulu, kami hanya mahu hak Datuk Seri Najib diberikan sahaja.

Mesti Baca

PEMUDA UMNO tidak bersetuju dengan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesyaki ada pihak-pihak yang obses dengan Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh sebaliknya berkata, mereka hanya mempertahankan hak Najib yang mendapat tahanan rumah kurniaan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Beliau berkata, apa yang dipertahankan oleh para penyokong Najib adalah sama dengan apa yang dirasakan oleh penyokong Anwar suatu ketika dahulu.

“Kami tidak turun berdemo mempertikaikan keputusan mahkamah seperti yang pernah dilakukan oleh penyokong Datuk Seri satu masa dahulu, kami hanya mahu hak Datuk Seri Najib diberikan sahaja.

“Mahkamah dah berikan keputusan ke atas kes beliau maka kami akur, tetapi apabila Datuk Seri Najib diberikan hak tahanan rumah oleh Tuanku Agong, maka harus kita semua akur,” katanya menerusi media sosial beliau hari ini.

ADUN Merlimau itu mengulas kenyataan Anwar bahawa ada pihak yang begitu taksub dengan bekas Perdana Menteri yang sedang dipenjarakan itu ketika bercakap dalam program 101 East terbitan Al-Jazeera.

Akmal berkata, tiada helah yang lain yang dibawa dalam membela Najib selain daripada hak bekas Presiden UMNO itu perlu diberikan.

“Bagaimana Datuk Seri mempunyai jasa kepada negara, begitu juga dengan Datuk Seri Najib Razak yang tidak boleh dinafikan jasa beliau.

“Maka jangan takut, jangan bimbang ya PMX (Anwar),” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan