Friday, June 5, 2026

Anwar-Erdogan bincang serangan ganas Israel ke atas Palestin

Erdogan mengulangi pendirian tegas untuk terus bersolidariti bersama-sama saudara kita di Palestin

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan telah mengadakan perbincangan berhubung situasi terkini di Palestin.

Menurut Anwar, perbincangan itu berlangsung ketika beliau menghubungi Erdogan bagi menyampaikan ucapan salam Aidilfitri sempena ketibaan 1 Syawal.

“Kami juga bicarakan soal serangan ganas Israel yang kian memuncak di bumi Palestin tatkala umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri. 

“Serangan sejak 18 Mac lalu telah membatalkan perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai yang sedang dirancang. 

“Saya tegaskan keperluan segera untuk mempertimbang rencana-rencana lain bagi menghentikan keganasan ini. 

“Alhamdulillah, Erdogan mengulangi pendirian tegas untuk terus bersolidariti bersama-sama saudara kita di Palestin,” kata beliau menerusi media sosialnya malam tadi.

Anwar berkata, beliau turut menyatakan penghargaan atas perkembangan hubungan dua hala yang semakin mengukuh terutama susulan kunjungan Erdogan ke Malaysia tempoh hari.

Dalam perbualan itu, beliau turut menerima jemputan daripada Erdoğan untuk berkunjung ke Turkiye. 

“Semoga persahabatan erat kedua-dua yang kian mekar saat ini terus utuh dan membawa manfaat buat rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan