29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Aidilfitri: Had laju dikurangkan, selenggara jalan dihentikan

Mesti Baca

HAD laju semua jalan persekutuan di seluruh negara diturunkan sementara daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j berkuatkuasa mulai 8 hingga 14 April ini.

Kementerian Kerja Raya berkata, pengurangan sementara had laju tersebut sebagai langkah keselamatan dan pemantauan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Kementerian itu berkata, pada masa yang sama pihaknya telah mengarahkan pihak konsesi jalan persekutuan untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang tidak kritikal mulai 5 hingga 14 April.

Katanya, langkah tersebut agar tidak mengganggu aliran trafik kecuali kerja-kerja menampal lubang, kecemasan dan kritikal serta pembinaan di luar rizab jalan.

Advertisements

“Bagi lebuh raya pula, syarikat konsesi tidak dibenarkan melaksanakan sebarang penutupan lorong lebuh raya kecuali bagi kes dan kerja kecemasan bermula dari 1 hingga 17 April 2024,” kata kenyataan itu hari ini.

Kementerian berkata, ini sejajar dengan semangat dan aspirasi Program MyJalan serta pendekatan seluruh rakyat dan negara untuk semua pihak.

Ini katanya, termasuk rakyat untuk bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan diutamakan terutamanya di jalan persekutuan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan