26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

2 lelaki Kemboja dipercayai pemburu haram ditahan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berjaya menahan dua lelaki Kemboja dipercayai pemburu haram dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Rizab Hidupan Liar Krau, Pahang, semalam.

Antara barang yang dirampas dari lelaki Kemboja yang ditahan. Foto FACEBOOK PERHILITAN

Dalam serbuan oleh pegawai penguatkuasa PERHILITAN itu, kedua-dua suspek ditahan atas beberapa kesalahan iaitu menceroboh kawasan perlindungan, memiliki bahagian hidupan liar dan mengambil hasil hutan di kawasan rezab hidupan liar. 

“Hasil serbuan berjaya merampas dua unit bahagian hidupan liar disyaki kuku dan gigi dan turut menjumpai Kayu Gaharu serta peralatan mengambil Kayu Gaharu,” katanya menerusi kenyataan di akaun rasmi Facebook PERHILITAN, hari ini.

Advertisements
Bangsal digunakan lelaki Kemboja dipercayai untuk berehat. Foto FACEBOOK PERHILITAN

Kata kenyataan itu, kedua-dua susspek dan kesemua barang kes telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Pahang untuk laporan polis.


 Tambahnya, kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (𝐴𝑘𝑡𝑎 716).

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan