30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

McDonald’s Malaysia sumbang RM100,000 untuk tabung Palestin

Mesti Baca

MCDONALD’S Malaysia menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada tabung kemanusiaan Palestin bagi meringankan beban yang tanggung oleh rakyat negara itu yang dizalimi Zionis Israel.

Sumbangan disampaikan menerusi Humaniration Care Malaysia (MyCARE), sebuah badan pertubuhan kerajaan untuk tujuan kemanusiaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut kenyataan syarikat tersebut, sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan dalam kalangan warga kerjanya di seluruh negara, yang merupakan satu usaha dan inisiatif para pekerja restoran makanan segera itu.

Advertisements

“Ini adalah inisiatif berterusan oleh McDonald’s Malaysia, di mana pihak syarikat juga telah menyumbangkan sebanyak RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin, dibawah Ops Ihsan kelolaan Jabatan Perdana Menteri.

“Sesungguhnya, sumbangan ini adalah sebahagian usaha dan komitmen McDonald’s Malaysia demi kesejahteraan dan keamanan rakyat Palestin.

“Kita akan terus membantu dan berdoa agar krisis kemanusiaan ini dapat ditamatkan dengan serta-merta,” kata kenyataan syarikat itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan