28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Polis cari lelaki tunjuk kemaluan di atas motosikal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLID Diraja Malaysia (PDRM) giat mencari seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya di khalayak umum ketika berada di atas motosikal.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang, Bahrin Mohd. Noh berkata, pihaknya mengesan satu video tular di sosial yang memaparkan perbuatan tidak senonoh lelaki berkenaan.

Katanya, video berdurasi 42 saat itu menunjukkan kejadiaan tersebut yang dipercayai berlaku di sekitar kawasan Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Advertisements

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk melapornya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan