31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Hubungan baik dengan China, AS jadikan Malaysia pilihan pelabur

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HUBUNGAN baik yang terjalin antara Malaysia dan dua negara kuasa besar ekonomi dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China menjadikan negara ini pilihan utama pelabur melabur dalam pelbagai bidang.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi dialog pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 di San Francisco, malam tadi.

‘Saya tekankan bahawa Malaysia mempunyai hubungan dan kerjasama baik dengan AS dan China lantas menjadikan Malaysia dan ASEAN sebagai negara dan rantau paling stabil serta kondusif untuk pelaburan pelbagai bidang.

“Dinamika hubungan AS-China tidak boleh memaksa Malaysia untuk bersikap memihak.

“Pada masa sama, sektor swasta perlu bekerjasama rapat dengan masyarakat sivil dalam memastikan ketelusan sektor tersebut sekali gus tidak mengulangi kes-kes penyelewengan mega yang melibatkan wang negara,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

AS dan Malaysia adalah antara 12 anggota pengasas APEC dan kini dianggotai sebanyak 21 negara.

Negara lain ialah Australia, Brunei, Kanada, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand, China, Hong Kong, Taiwan, Mexico, Papua New Guinea, Chile, Peru, Rusia dan Vietnam.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau turut menyinggung terkait cabaran bersama didepani semua pihak iaitu gelombang kecerdasan buatan (AI), perubahan iklim, usaha membasmi kemisikinan.

“Saya sekali lagi menggesa agar usaha diperhebat ke arah memantapkan demokrasi dan ketelusan agar defisit kepercayaan yang sedang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin politik seluruh dunia dapat ditangani secara bersama,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan