28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Harga petrol, diesel kekal hingga 15 November

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 and RM2.15 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 November.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter.

Advertisements

“Sementara, diesel pada harga RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,”menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut Kementerian Kewangan, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia.

“Kementerian juga akan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan