28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Set pertama Aerotrain KLIA hampir 90 peratus siap

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SET pertama perkhidmatan penggerak penumpang automasi atau Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hampir siap dan dijangka akan dihantar ke Malaysia tahun depan.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meninjau perkembangan perkhidmatan Aerotrain KLIA di kilang pemasangannya di Wuhu, China.

Menerusi hantaran di Facebook, katanya, beliau amat mengambil berat masalah Aerotrain di KLIA yang berkaitan nama baik negara Malaysia.

“Semasa di China, saya telah ke Wuhu, Anhui untuk melawat kilang di mana Aerotrain baharu sedang dibina.

“Seperti yang kita maklum bahawa Aerotrain telah diberhentikan di KLIA yang menyambung diantara terminal utama dan terminal satelit kerana projek naiktaraf yang sedang dilaksanakan.

Advertisements

“Dan hari ini saya datang dan meninjau perkembangan dan saya diberikan taklimat.

“Saya difahamkan bahawa set pertama Aerotrain hampir siap 90 peratus dan dijangka dihantar ke Malaysia tahun depan.

“Dan rekabentuk untuk Aerotrain ini adalah seperti sebelum ini, iaitu tidak mempunyai tempat duduk kerana aerotrain itu untuk menghubungkan hanya dua terminal, satu jarak yang agak dekat tetapi ditambahbaik dari segi kemudahan dan keluasan.

“Ada kerusi disediakan untuk warga emas, dan tingkap lebih besar dari segi rekabentuk.

“Justeru, saya harap pihak MAHB dapat menyelesaikan isu kontrak pada kadar segera agar perkhidmatan Aerotrain dapat dikembalikan di KLIA,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Semua IPM akan dibudayakan dengan Hadis 40 Imam Nawawi

KESEMUA institusi pendidikan MARA (IPM) dicadang membudayakan Hadis 40 Imam Nawawi sebagai usaha melahirkan generasi ulul-albab muda Islam, cerdik...

Lagi Artikel Berkaitan